PULAU DI NEGERI JOHOR
Pada kali ini, saya ingin menceritakan tentang Pulau-pulau yang berada di Johor. Salah satu destinasi pulau saya bersama Crew adalah Pulau Pemanggil. Pengalaman saya bersama crew ke pulau ini adalah dengan
menaiki boat. Dari Mersing ke Pulau ini mengambil masa lebih kurang 4-5jam.
Crew saya ada yang mabuk, mana taknya, 4jam dalam boat dengan ombak-ombak
lagikan.
Sampai sahaja di Jeti Pulau Pemanggil, kami mengambil semua bahan-bahan
yang dibawa ke dalam bilik masing-masing. Kami disajikan dengan makanan
tengahhari yang sungguh enak. Makanan di sini memang terbaik. Selepas makan
tengahhari, kami berehat di bilik.
Pada waktu petang, kami dibawa ke satu pulau
ke satu pulau yang lain. Kami dibawa ke Pulau Dayang dan Pulau Aur. Kedua Pulau
ini berdekatan sahaja. Dari Pulau Aur boleh Nampak Pulau Dayang. Pulau Dayang
ni kecil sahaja. Tapi Pulau Dayang dan Pulau Aur ni sangat menarik tempatnya.
Rupanya, terdapat pelbagai pulau di Johor yang kita tidak tahu. Antara pulau
yang berada di johor adalah seperti Pulau Dayang, Pulau Aur, Pulau Rawa, Pulau
Tengah, Pulau Babi Besar(dikenali sebagai Pulau Besar), Pulau Tinggi, Pulau
Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Harimau dan juga tempat kami menginap iaitu Pulau
Pemanggil. Selepas dibawah ke Pulau Aur dan Dayang, kami dibawa ke kampung-kampung
di Pulau Pemanggil. Jangan tak percaya kat sini ada gajah yang paling besar. Batu je bentuk gajah. Tiada gajah pun. Kat sini lah yang ada aktiviti rock
climbing dan jungle tracking. Kalau nak tahu, kat sini juga ada cerita-cerita
dia tersendiri tau. Ingat Langkawi je ke ada. Nah saya belanja http://pulaupemanggil.blogspot.my/2010/09/asal-usul-pulau-pemanggil.html
.
Sebenarnya, kebanyakan tempat ada cerita-cerita tersendiri yang tidak
diketahui oleh orang pada zaman sekarang. Ok, berbalik pada cerita kita,
selepas berjalan ke kampung Buau yang berada di Pulau pemanggil itu, kami
mulakan aktiviti kami dengan snorkeling. Kami dibawa di permukaan air yang
mempunyai pemandangan yang menarik dengan ikan dan coral yang berwarna-warni. Keesokan harinya, selepas breakfast, kami
dibawa ke Pulau Besar. Pulau ini juga sangat menarik. Pemandangan disisi pantai
yang indah dan sunset, sunrise yang cukup menakjubkan membawa saya kealam
angan-angan. Berangan pula saya. Aseana Resort merupakan salah satu resort yang berada di Pulau besar ini.
Kita juga cukup tahu tentang Aseana Resort di Malaysiakan. Siapa yang tidak
kenal Aseana Resort yang mempunyai bilik yang cukup selesa. Di sini juga
mempunyai D’coconut Island Resort. Resort ini juga mempunyai tarikan yang
tersendiri. Sempat juga kami singgah di resort ini. Resort ini juga mempunyai aktiviti-aktiviti yang menarik untuk para pelawat yang stay di resort mereka. Selepas itu, kami dibawa ke Pulau tengah.
Ramai yang tidak tahu
tentang Pulau Tengah ini. Pulau tengah ini agak private sikit. Pulau ini juga
mempunyai design resort yang sangat menarik. Tengok bilik dia, rasa macam
seronok sahaja bila honeymoon. Pulau ini memang sangat sesuai untuk orang
berhoneymoon. Resortnya adalah Batu-batu resort. Setiap sudut di pulau ini
mempunyai tarikan tersendiri. Selepas ke Pulau ini, kami mula pulang semula ke
Mersing. Di Mersing, kalu tak singgah kedai keropok lekor memang tak sah.
Rugilah jalan pusing-pusing tak singgah beli keropok lekor. Sampai disini
sahaja cerita saya. Saya akan menceritakan tentang Pulau Tinggi pula nanti.
No comments:
Post a Comment