Sunday, August 27, 2017

RIADAH WARISAN NUSANTARA

RIADAH WARISAN NUSANTARA

Kali ini saya nak share tentang pengalaman saya semasa saya bekerja di salah sebuah travel agensi di johor yang bekerjasama dengan Tourism Malaysia Johor. Nampak tak jodoh dengan Tourism Malaysia Johor. Walaupun dah tamat program internship, saya berpeluang untuk bertemu kembali dengan pegawai-pegawai Tourism Malaysia Johor yang kebanyakannya sudah bertukar-tukar pegawai dan juga Pengarah yang masih sama.Travel Agensi saya dijemput untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Johor kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Negeri Johor dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Antara tempat-tempat program adalah Riyadh Equestrian Archery, Savanna Hill dan Yoyo Rakit di Ulu Tiram, Johor. Program ini juga bertujuan untuk menaikan pelancongan yang berada di Ulu Tiram, Negeri Johor.

YOYO RAKIT


SAVANNA HILL


RIYADH EQUESTRIAN ARCHERY

RIYADH EQUESTRIAN ARCHERY


Riyadh Equestrian Archery di Ulu Tiram ini adalah salah satu tempat yang terpilih untuk program ini. Disini, kita boleh mempelajari tentang memanah secara tradisional, Menunggang kuda sambil memanah, dan juga cara menunggang kuda. Selain itu, disini juga mempunyai Kursus pendek dan Pembangunan Jati diri. Yang paling menarik adalah cara-cara untuk menunggang kuda, dan berinteraksi dengan kuda. Mai survey page Riyadh ni https://www.facebook.com/RiyadhEquestrian/







SAVANNA HILL RESORT ULU TIRAM

Program Riadah Warisan Nusantara memilih tempat kediaman untuk peserta di Savanna Hill Resort Ulu Tiram, Johor. Untuk pengetahuan anda, di resort ini, anda boleh melihat bangunan-bangunan dan resort yang dibina dengan sangat unik. Saya Suka design resort disini. Terdapat pelbagai pakej untuk pelajar mahupun pekerja. Antara pakej yang ada adalah seperti, Meeting Pakej, Teamwork reformation Course, Wedding Pakej dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik url ini http://www.savannahill.com.my/blog.html





Cantikkan kan resort dia. 

YOYO RAKIT, ULU TIRAM

Yoyo rakit merupakan salah satu tempat tarikan bagi pemancing-pemancing tegar. Yoyo rakit juga terpilih dalam program Riadah Warisan Nusantara kerana ia terletak di Ulu Tiram. Untuk ke Yoyo rakit, anda perlu menaiki bot untuk meredah sungai dalam. Di yoyo rakit, terdapat bilik untuk bermalam disana, tempat makan dan juga island tour. Island tour pada saya amat menarik perhatian saya. Ini kerana, mereka akan melalui jambatan Highway Pasir Gudang, Telok Sengat dan persisiran sungai. Saya berpengalaman memancing dan mendapat ikan. Tapi ikannya kecil sahaja dan saya melepaskannya.  Jangan lupa Klik sini untuk maklumat lanjut. https://www.facebook.com/YOYORAKIT.OFFICIAL/








Selagi ada peluang, saya tak jemu untuk bersedia mengikuti lagi program yang Tourism Malaysia Johor adakan. Jumpa  event seterusnya. Daaaaaaaaaaaaa

Thursday, August 24, 2017

ENDAU ROMPIN NATIONAL PARK, MALAYSIA

ENDAU ROMPIN NATIONAL PARK

Ini cerita saya. Semasa program internship saya dulu, saya berpeluang untuk mengikuti ricci dari Tourism Malaysia Johor tempat saya internship. Endau Rompin National Park adalah salah satu program yang dapat saya ikuti. Pelbagai pengalaman suka mahupun duka yang saya dapat. Untuk pengetahuan semua, jam 8.30am, kami semua bersarapan di resort yang berada di Endau Rompin National Park sebelum bertolak untuk masuk kedalam hutan. Tepat 9.00am, kami mula bertolak untuk masuk ke dalam hutan. Sebelum itu, kami perlu menaiki boat untuk sampai ke destinasi yang dituju.



Didalam hutan ini, kami perlu meredah sungai, hujan yang lebat untuk meneruskan perjalanan. Saya memakai sesuatu dikaki adalah untuk mengelak pacat gigit dikaki. Tapi dalam pada tidak sedar, pacat dah naik ke badan. Nasiblah saya,  perut saya dihisap darah oleh pacat. Dahlah tiada lemak, dihisap lagi darah ni. Kuruslah saya.






Didalam hutan ini ada pelbagai sungai, air terjun dan tasik Cuba intai sikit gambar kat atas ni. Tasik air biru, memang cantik. Ada jugak mandi ditasik ini. Rasa macam nak masuk lagi ke dalam hutan ini. Sebab apa? Sebab saya berpeluang melihat keindahan alam semulajadi yang menyejukkan mata saya dan menenangkan hati saya. Siapa yang nak dapat ketenangan, mailah ke Endau Rompin National Park.





Sejuk dan tenang je fikiran semasa kami berehan di air terjun atas ni. Cool kan. Apa lagi, cubalah buat trip bersama kawan-kawan Sekolah, Universiti atau rakan sekerja. Pasti seronok dan dapatlah release tension sikit dari belajar dan kerja. Untuk dapatkan info, boleh direct ke Endau Rompin National Park atau Tourism Malaysia Negeri Johor.
 

Kelebihan Pink Lady Body Perfection

  Pink Lady Body Perfection (Pink Lady Supplement) Pink Lady  bukanlah sejenis ubat tetapi adalah supplement atau makanan tam...