Thursday, February 5, 2015

KOTA LONDON

ASSALAMUALAIKUM

KOTA LONDON

By Me Wanie.

Tahun Baru kan, Update Baru Walaupun Cerita lama kan. Sebenarnye bukan nak cerita sangat pon. Just nak share gambar-gambar lame saja. Dan juga rasa macam nak cerita tentang tempat-tempat tarikan didunia. heeee. Gambar-gambar dibawah ni hanyalah #throwback semasa saya as wanie nie, belajar di Limkokwing London.

Sebagai pelajar Limkokwing, kalau tidak ke BBC bukan pelajar Limkokwing namanya. As ramai yang tahu, Limkokwing memang terkenal dengan kretiviti.  


British Broadcasting Corporation (BBC) merupakan stesen television, radio Britania Raya. BBC juga menyediakan berita di Internet. BBC merupakan media yang terkenal di London.  Kalau di Malaysia ia serupa seperti RTM, Media Corp, astro dan lain-lain lagi. 


Inilah London Eye yang sangat terkenal didunia dan para pelancong yang berkunjung di Kota London ini.
Berdasarkan pengetahuan saya, London Eye ni under Merlin Group. 

Ini pula Green Park. Waktu ini adalah pada waktu petang selepas balik dari kelas. Saya bersama kawan-kawan menikmati cuaca di petang hari. Time ini musim Luruh lagi.Green Park terletak berdepan dengan Limkokwing London dimana tempat saya belajar.
Nampak tak belakang tu apa? Itulah Harrods. Tahu tak Harrods tu apa? Harrods adalah sebuah gedung serbaneka terletak di Brompton Road di Knightsbridge, London, England.
Disini terdapat pelbagai barang-barang berjenama. Sesiapa ke London, kebanyakan mereka akan mencari Harrods.

Banyak lagi nak share. Tapi buat masa ini, saya share ini saja dulu. Ada masa saya share banyak lagi benda yang menarik di London. Jumpa lagi.....

Kelebihan Pink Lady Body Perfection

  Pink Lady Body Perfection (Pink Lady Supplement) Pink Lady  bukanlah sejenis ubat tetapi adalah supplement atau makanan tam...