Friday, September 29, 2017

TAd MARINE RESORT, PULAU TINGGI, JOHOR



Pulau Tinggi terletak 30km dari pantai timur Mersing dimana ia merupakan sebuah pulau tropika yang mempunyai tarikan tersendiri dan boleh membawa anda berehat dari kesibukan Bandar.

Pulau ini dikelilingi dengan air yang biru dan bersih serta dilindungi oleh hutan hujan. Pulau  ini terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dimana penampakkan air yang cantik dan jelas membuatkan pulau ini ditarik dengan peminat-peminat sukan menyelam dan snorkeling untuk meneroka dunia bawah air.


Untuk aktiviti kali ini, saya dibawa oleh tempat saya internship iaitu Tourism Malaysia Johor ke Pulau Tinggi adalah untuk program Cuti-cuti 1Malaysia Celebrity Dive@ Johor. Program ini adalah bertujuan menaikkan lagi nama pulau-pulau yang berada di negeri johor. Kumpulan Wings merupakn antara artis pilihan untuk program ini kerana mereka semua mempunyai lessen scuba. Siapa yang tak kenal  Awie dengan vokal yang masih hangat diperkatakan oleh ramai peminat, Joe pula dengan petikan gitar menggunakan tangan kiri, begitu juga Eddie yang dianggap tenang ketika mengiringi persembahan Wings manakala Black pula tetap mantap dengan pukulan dram. Seronok bila mereka semua bergabung diluar pentas seperti aktiviti ini.

Program kali ini di Pulau Tinggi mendapat kerjasama ramai pihak termasuk Tourism Johor dan dijayakan oleh Anggerik Event Sdn. Bhd. dan ED Scuba. Turut terlibat ialah TAd Marine Resort, Firefly dan Truly Travelmart Tour & Transport dan Transtar.


Apa yang menarik di pulau Tinggi?
Pulau ini menawarkan pantai berpasir putih, air yang jernih untuk sesiapa sahaja yang dating untuk  berehat dan menikmati pemandangan laut yang sangat mempesonakan dan mengujakan.


Pulau ini juga menjadi sebahagian daripada Taman Laut, rumah-rumah Pulau Tinggi untuk kehidupan marin yang banyak serta terumbu karang yang unik-unik.
Pelawat boleh mencuba activity untuk menyelam skuba dan snorkeling untuk mendapatkan dekat dengan mereka. Kanak-kanak juga boleh menyertai snorkeling dan memberi makan ikan berhampiran pantai.

Program ini membawa saya dan krew ke tempat-tempat menarik untuk menyelam scuba. Antara nya adalah Pulau Harimau. Masih segar diingatan, manataknya  pulau ini yang membawa saya hampir hanyut dibawa ombak. Nasib baik abang-abang Marine ada. Program menyelam diadakan 2 kali sehari iaitu seingat saya pada hari sabtu pagi dan petang. Saya juga berpeluang mencuba menyelam. Banyak benda yang dapat saya pelajari di program ini.


Untuk pengetahuan semua, banyak tarikan di Tad Marine Resort ini. Tad Marine Resort menyediakan suasana yang damai dan tenang, Tad Marine Resort sangat sesuai untuk percutian honeymoon dan percutian keluarga. Kebanyakan pengunjung memilih untuk tinggal di sini kerana keramahan mereka yang hangat dan mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Resort ini mempunyai 88 bilik yang selesa termasuk bilik deluxe, bilik standard, suite mewah dan suite keluarga. Di setiap bilik, TV LED dan kemudahan membuat teh & kopi disediakan untuk memastikan penginapan yang menyenangkan. Restoran bersebelahan juga menawarkan suasana hangat untuk makan. Swimming pool juga ada bagi aktiviti santai.






Saturday, September 23, 2017

PUTERI HARBOUR JOHOR


ATTRACTION PLACE AT PUTERI HARBOUR JOHOR




Pada sesiapa yang ada di Johor, atau yang bercuti di Johor atau yang tak tahu nak kemana pada waktu malam, Meh sini saya share satu tempat yang cantik di Johor iaitu Puteri Harbour Johor.


Kalau anda ada anak-anak kecil, pada waktu siang, anda boleh membawa anak anda ke SANRIO HELLO KITTY TOWN & THOMAS TOWN. 


Nak tahu apa yang ada kat sini? Bagi penggemar Hello Kitty pasti teruja dengan rumah lengkap berkonsepkan Hello Kitty dengan bilik tidur, dapur dan ruang tamu di Hello Kitty Town. 



Luggage pun Hello Kitty tau.  

Bagi peminat kereta api Thomas pula, Thomas Town menanti dengan replika kereta api serta Windmill Ride, Colin Crane Drop Ride, Harold Helicopter ride, dan pastinya kereta api Thomas untuk dinaiki. Saya juga sudah mencubanya. Seronok sangat. 

Terdapat juga karakter kartun popular yang lain seperti Barney, Bob The Builder, dan Pingu.



 Ada juga aktiviti untuk kanak-kanak seperti Hello Post Activity.Dewasa pun boleh joint. Post ikut kretiviti anda. Pusat membeli belah, restoran serta kafe turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. 

Bukan sekadar untuk anak kecil, orang dewasa pun tentu ramai yang minat dengan karakter kartun ini, bukan?
Pada waktu petang dan malam pula, ada tarikan terbaru iaitu RIDING IN GLOW AT PUTERI HARBOUR. Kalau dulu, pada waktu malam, di Puteri Harbour sunyi sahaja dengan berteman angin laut, hah sekarang jangan tak tahu, ada aktiviti baru tau. Riding in Glow lah aktiviti baru tu. Seronok tau. Sambil-sambil riding ditiup angin laut dan lampu-lampu yang sangat mengujakan.


Selain itu, saja nak share, pada yang minat buat birthday party, Meh saya bagi idea. Sewa Ferry di Puteri Harbour dan anda createlah event untuk anda. Pasti mengujakan. Sharing is Caring.


PULAU DI JOHOR

PULAU DI NEGERI JOHOR

Pada kali ini, saya ingin menceritakan tentang Pulau-pulau yang berada di Johor. Salah satu destinasi pulau saya bersama Crew adalah Pulau Pemanggil.  Pengalaman saya bersama crew ke pulau ini adalah dengan menaiki boat. Dari Mersing ke Pulau ini mengambil masa lebih kurang 4-5jam. Crew saya ada yang mabuk, mana taknya, 4jam dalam boat dengan ombak-ombak lagikan.



 Sampai sahaja di Jeti Pulau Pemanggil, kami mengambil semua bahan-bahan yang dibawa ke dalam bilik masing-masing. Kami disajikan dengan makanan tengahhari yang sungguh enak. Makanan di sini memang terbaik. Selepas makan tengahhari, kami berehat di bilik. 


Pada waktu petang, kami dibawa ke satu pulau ke satu pulau yang lain. Kami dibawa ke Pulau Dayang dan Pulau Aur. Kedua Pulau ini berdekatan sahaja. Dari Pulau Aur boleh Nampak Pulau Dayang. Pulau Dayang ni kecil sahaja. Tapi Pulau Dayang dan Pulau Aur ni sangat menarik tempatnya. 


Rupanya, terdapat pelbagai pulau di Johor yang kita tidak tahu. Antara pulau yang berada di johor adalah seperti Pulau Dayang, Pulau Aur, Pulau Rawa, Pulau Tengah, Pulau Babi Besar(dikenali sebagai Pulau Besar), Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Harimau dan juga tempat kami menginap iaitu Pulau Pemanggil. Selepas dibawah ke Pulau Aur dan Dayang, kami dibawa ke kampung-kampung di Pulau Pemanggil. Jangan tak percaya kat sini ada gajah yang paling besar. Batu je bentuk gajah. Tiada gajah pun. Kat sini lah yang ada aktiviti rock climbing dan jungle tracking. Kalau nak tahu, kat sini juga ada cerita-cerita dia tersendiri tau. Ingat Langkawi je ke ada. Nah saya belanja  http://pulaupemanggil.blogspot.my/2010/09/asal-usul-pulau-pemanggil.html
Sebenarnya, kebanyakan tempat ada cerita-cerita tersendiri yang tidak diketahui oleh orang pada zaman sekarang. Ok, berbalik pada cerita kita, selepas berjalan ke kampung Buau yang berada di Pulau pemanggil itu, kami mulakan aktiviti kami dengan snorkeling. Kami dibawa di permukaan air yang mempunyai pemandangan yang menarik dengan ikan dan coral yang berwarna-warni.  Keesokan harinya, selepas breakfast, kami dibawa ke Pulau Besar. Pulau ini juga sangat menarik. Pemandangan disisi pantai yang indah dan sunset, sunrise yang cukup menakjubkan membawa saya kealam angan-angan. Berangan pula saya. Aseana Resort merupakan salah satu resort yang berada di Pulau besar ini. Kita juga cukup tahu tentang Aseana Resort di Malaysiakan. Siapa yang tidak kenal Aseana Resort yang mempunyai bilik yang cukup selesa. Di sini juga mempunyai D’coconut Island Resort. Resort ini juga mempunyai tarikan yang tersendiri. Sempat juga kami singgah di resort ini. Resort ini juga mempunyai aktiviti-aktiviti yang menarik untuk para pelawat yang stay di resort mereka. Selepas itu, kami dibawa ke Pulau tengah. 






Ramai yang tidak tahu tentang Pulau Tengah ini. Pulau tengah ini agak private sikit. Pulau ini juga mempunyai design resort yang sangat menarik. Tengok bilik dia, rasa macam seronok sahaja bila honeymoon. Pulau ini memang sangat sesuai untuk orang berhoneymoon. Resortnya adalah Batu-batu resort. Setiap sudut di pulau ini mempunyai tarikan tersendiri. Selepas ke Pulau ini, kami mula pulang semula ke Mersing. Di Mersing, kalu tak singgah kedai keropok lekor memang tak sah. Rugilah jalan pusing-pusing tak singgah beli keropok lekor. Sampai disini sahaja cerita saya. Saya akan menceritakan tentang Pulau Tinggi pula nanti.

Kelebihan Pink Lady Body Perfection

  Pink Lady Body Perfection (Pink Lady Supplement) Pink Lady  bukanlah sejenis ubat tetapi adalah supplement atau makanan tam...