ENDAU ROMPIN NATIONAL PARK
Ini cerita saya.
Semasa program internship saya dulu, saya berpeluang untuk mengikuti ricci dari
Tourism Malaysia Johor tempat saya internship. Endau Rompin National Park
adalah salah satu program yang dapat saya ikuti. Pelbagai pengalaman suka
mahupun duka yang saya dapat. Untuk pengetahuan semua, jam 8.30am, kami semua
bersarapan di resort yang berada di Endau Rompin National Park sebelum bertolak
untuk masuk kedalam hutan. Tepat 9.00am, kami mula bertolak untuk masuk ke
dalam hutan. Sebelum itu, kami perlu menaiki boat untuk sampai ke destinasi
yang dituju.
Didalam hutan ini,
kami perlu meredah sungai, hujan yang lebat untuk meneruskan perjalanan. Saya
memakai sesuatu dikaki adalah untuk mengelak pacat gigit dikaki. Tapi dalam
pada tidak sedar, pacat dah naik ke badan. Nasiblah saya, perut saya dihisap darah oleh
pacat. Dahlah tiada lemak, dihisap lagi darah ni. Kuruslah saya.
Didalam hutan ini
ada pelbagai sungai, air terjun dan tasik Cuba intai sikit gambar kat atas ni. Tasik air biru, memang cantik. Ada
jugak mandi ditasik ini. Rasa macam nak masuk lagi ke dalam hutan ini. Sebab
apa? Sebab saya berpeluang melihat keindahan alam semulajadi yang menyejukkan
mata saya dan menenangkan hati saya. Siapa yang nak dapat ketenangan, mailah ke
Endau Rompin National Park.
Sejuk dan tenang je fikiran semasa kami berehan di air terjun atas ni. Cool kan. Apa lagi, cubalah buat trip bersama kawan-kawan Sekolah, Universiti atau rakan sekerja. Pasti seronok dan dapatlah release tension sikit dari belajar dan kerja. Untuk dapatkan info, boleh direct ke Endau Rompin National Park atau Tourism Malaysia Negeri Johor.
No comments:
Post a Comment