Pulau Tinggi terletak 30km dari pantai
timur Mersing dimana ia merupakan sebuah pulau tropika yang mempunyai tarikan
tersendiri dan boleh membawa anda berehat dari kesibukan Bandar.
Pulau ini dikelilingi dengan air yang
biru dan bersih serta dilindungi oleh hutan hujan. Pulau ini terkenal dengan keindahan alam
semulajadinya dimana penampakkan air yang cantik dan jelas membuatkan pulau ini
ditarik dengan peminat-peminat sukan menyelam dan snorkeling untuk meneroka
dunia bawah air.
Untuk
aktiviti kali ini, saya dibawa oleh tempat saya internship iaitu Tourism
Malaysia Johor ke Pulau Tinggi adalah untuk program Cuti-cuti 1Malaysia Celebrity Dive@ Johor. Program ini
adalah bertujuan menaikkan lagi nama pulau-pulau yang berada di negeri johor. Kumpulan Wings merupakn antara
artis pilihan untuk program ini kerana mereka semua mempunyai lessen scuba.
Siapa yang tak kenal Awie dengan vokal yang masih hangat
diperkatakan oleh ramai peminat, Joe pula dengan petikan gitar menggunakan
tangan kiri, begitu juga Eddie yang dianggap tenang ketika mengiringi
persembahan Wings manakala Black pula tetap mantap dengan pukulan dram. Seronok
bila mereka semua bergabung diluar pentas seperti aktiviti ini.
Program kali ini di
Pulau Tinggi mendapat kerjasama ramai pihak termasuk Tourism Johor dan
dijayakan oleh Anggerik Event Sdn. Bhd. dan ED Scuba. Turut terlibat ialah TAd
Marine Resort, Firefly dan Truly Travelmart Tour & Transport dan Transtar.
Apa yang menarik di
pulau Tinggi?
Pulau ini menawarkan pantai berpasir
putih, air yang jernih untuk sesiapa sahaja yang dating untuk berehat dan menikmati pemandangan laut yang sangat
mempesonakan dan mengujakan.
Pulau ini juga menjadi sebahagian
daripada Taman Laut, rumah-rumah Pulau Tinggi untuk kehidupan marin yang banyak
serta terumbu karang yang unik-unik.
Pelawat boleh mencuba activity untuk
menyelam skuba dan snorkeling untuk mendapatkan dekat dengan mereka.
Kanak-kanak juga boleh menyertai snorkeling dan memberi makan ikan berhampiran
pantai.
Program ini membawa saya dan krew ke
tempat-tempat menarik untuk menyelam scuba. Antara nya adalah Pulau Harimau. Masih
segar diingatan, manataknya pulau ini
yang membawa saya hampir hanyut dibawa ombak. Nasib baik abang-abang Marine
ada. Program menyelam diadakan 2 kali sehari iaitu seingat saya pada hari sabtu
pagi dan petang. Saya juga berpeluang mencuba menyelam. Banyak benda yang dapat
saya pelajari di program ini.
Untuk pengetahuan semua, banyak
tarikan di Tad Marine Resort ini. Tad Marine Resort menyediakan suasana yang
damai dan tenang, Tad Marine Resort sangat sesuai untuk percutian honeymoon dan
percutian keluarga. Kebanyakan pengunjung memilih untuk tinggal di sini kerana
keramahan mereka yang hangat dan mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Resort
ini mempunyai 88 bilik yang selesa termasuk bilik deluxe, bilik standard, suite
mewah dan suite keluarga. Di setiap bilik, TV LED dan kemudahan membuat teh
& kopi disediakan untuk memastikan penginapan yang menyenangkan. Restoran
bersebelahan juga menawarkan suasana hangat untuk makan. Swimming pool juga ada
bagi aktiviti santai.