RIADAH WARISAN NUSANTARA
Kali ini saya
nak share tentang pengalaman saya semasa saya bekerja di salah sebuah travel
agensi di johor yang bekerjasama dengan Tourism Malaysia Johor. Nampak tak
jodoh dengan Tourism Malaysia Johor. Walaupun dah tamat program internship,
saya berpeluang untuk bertemu kembali dengan pegawai-pegawai Tourism Malaysia
Johor yang kebanyakannya sudah bertukar-tukar pegawai dan juga Pengarah yang
masih sama.Travel Agensi saya dijemput untuk mengikuti program yang dianjurkan
oleh Tourism Malaysia Johor kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Negeri
Johor dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Antara tempat-tempat program adalah
Riyadh Equestrian Archery, Savanna Hill dan Yoyo Rakit di Ulu Tiram, Johor.
Program ini juga bertujuan untuk menaikan pelancongan yang berada di Ulu Tiram,
Negeri Johor.
YOYO RAKIT |
SAVANNA HILL |
RIYADH EQUESTRIAN ARCHERY |
RIYADH EQUESTRIAN ARCHERY
Riyadh
Equestrian Archery di Ulu Tiram ini adalah salah satu tempat yang terpilih
untuk program ini. Disini, kita boleh mempelajari tentang memanah secara tradisional,
Menunggang kuda sambil memanah, dan juga cara menunggang kuda. Selain itu,
disini juga mempunyai Kursus pendek dan Pembangunan Jati diri. Yang paling
menarik adalah cara-cara untuk menunggang kuda, dan berinteraksi dengan kuda. Mai survey page Riyadh ni https://www.facebook.com/RiyadhEquestrian/
SAVANNA HILL RESORT ULU TIRAM
Program Riadah Warisan Nusantara memilih
tempat kediaman untuk peserta di Savanna Hill Resort Ulu Tiram, Johor. Untuk
pengetahuan anda, di resort ini, anda boleh melihat bangunan-bangunan dan
resort yang dibina dengan sangat unik. Saya Suka design resort disini. Terdapat
pelbagai pakej untuk pelajar mahupun pekerja. Antara pakej yang ada adalah
seperti, Meeting Pakej, Teamwork reformation Course, Wedding Pakej dan banyak
lagi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik url ini http://www.savannahill.com.my/blog.html
YOYO RAKIT, ULU TIRAM
Yoyo rakit merupakan salah satu tempat
tarikan bagi pemancing-pemancing tegar. Yoyo rakit juga terpilih dalam program
Riadah Warisan Nusantara kerana ia terletak di Ulu Tiram. Untuk ke Yoyo rakit,
anda perlu menaiki bot untuk meredah sungai dalam. Di yoyo rakit, terdapat
bilik untuk bermalam disana, tempat makan dan juga island tour. Island tour
pada saya amat menarik perhatian saya. Ini kerana, mereka akan melalui jambatan
Highway Pasir Gudang, Telok Sengat dan persisiran sungai. Saya berpengalaman
memancing dan mendapat ikan. Tapi ikannya kecil sahaja dan saya
melepaskannya. Jangan lupa Klik sini
untuk maklumat lanjut. https://www.facebook.com/YOYORAKIT.OFFICIAL/
Selagi ada peluang, saya tak jemu untuk
bersedia mengikuti lagi program yang Tourism Malaysia Johor adakan. Jumpa event seterusnya. Daaaaaaaaaaaaa