Friday, September 29, 2017

TAd MARINE RESORT, PULAU TINGGI, JOHOR



Pulau Tinggi terletak 30km dari pantai timur Mersing dimana ia merupakan sebuah pulau tropika yang mempunyai tarikan tersendiri dan boleh membawa anda berehat dari kesibukan Bandar.

Pulau ini dikelilingi dengan air yang biru dan bersih serta dilindungi oleh hutan hujan. Pulau  ini terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dimana penampakkan air yang cantik dan jelas membuatkan pulau ini ditarik dengan peminat-peminat sukan menyelam dan snorkeling untuk meneroka dunia bawah air.


Untuk aktiviti kali ini, saya dibawa oleh tempat saya internship iaitu Tourism Malaysia Johor ke Pulau Tinggi adalah untuk program Cuti-cuti 1Malaysia Celebrity Dive@ Johor. Program ini adalah bertujuan menaikkan lagi nama pulau-pulau yang berada di negeri johor. Kumpulan Wings merupakn antara artis pilihan untuk program ini kerana mereka semua mempunyai lessen scuba. Siapa yang tak kenal  Awie dengan vokal yang masih hangat diperkatakan oleh ramai peminat, Joe pula dengan petikan gitar menggunakan tangan kiri, begitu juga Eddie yang dianggap tenang ketika mengiringi persembahan Wings manakala Black pula tetap mantap dengan pukulan dram. Seronok bila mereka semua bergabung diluar pentas seperti aktiviti ini.

Program kali ini di Pulau Tinggi mendapat kerjasama ramai pihak termasuk Tourism Johor dan dijayakan oleh Anggerik Event Sdn. Bhd. dan ED Scuba. Turut terlibat ialah TAd Marine Resort, Firefly dan Truly Travelmart Tour & Transport dan Transtar.


Apa yang menarik di pulau Tinggi?
Pulau ini menawarkan pantai berpasir putih, air yang jernih untuk sesiapa sahaja yang dating untuk  berehat dan menikmati pemandangan laut yang sangat mempesonakan dan mengujakan.


Pulau ini juga menjadi sebahagian daripada Taman Laut, rumah-rumah Pulau Tinggi untuk kehidupan marin yang banyak serta terumbu karang yang unik-unik.
Pelawat boleh mencuba activity untuk menyelam skuba dan snorkeling untuk mendapatkan dekat dengan mereka. Kanak-kanak juga boleh menyertai snorkeling dan memberi makan ikan berhampiran pantai.

Program ini membawa saya dan krew ke tempat-tempat menarik untuk menyelam scuba. Antara nya adalah Pulau Harimau. Masih segar diingatan, manataknya  pulau ini yang membawa saya hampir hanyut dibawa ombak. Nasib baik abang-abang Marine ada. Program menyelam diadakan 2 kali sehari iaitu seingat saya pada hari sabtu pagi dan petang. Saya juga berpeluang mencuba menyelam. Banyak benda yang dapat saya pelajari di program ini.


Untuk pengetahuan semua, banyak tarikan di Tad Marine Resort ini. Tad Marine Resort menyediakan suasana yang damai dan tenang, Tad Marine Resort sangat sesuai untuk percutian honeymoon dan percutian keluarga. Kebanyakan pengunjung memilih untuk tinggal di sini kerana keramahan mereka yang hangat dan mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Resort ini mempunyai 88 bilik yang selesa termasuk bilik deluxe, bilik standard, suite mewah dan suite keluarga. Di setiap bilik, TV LED dan kemudahan membuat teh & kopi disediakan untuk memastikan penginapan yang menyenangkan. Restoran bersebelahan juga menawarkan suasana hangat untuk makan. Swimming pool juga ada bagi aktiviti santai.






No comments:

Kelebihan Pink Lady Body Perfection

  Pink Lady Body Perfection (Pink Lady Supplement) Pink Lady  bukanlah sejenis ubat tetapi adalah supplement atau makanan tam...