Wednesday, July 10, 2019

Kelebihan Pink Lady Body Perfection




 


Pink Lady Body Perfection (Pink Lady Supplement)
Pink Lady bukanlah sejenis ubat tetapi adalah supplement atau makanan tambahan  untuk menyihatkan badan dengan menggunakan bahan bahan dari alam semulajadi.  (Organic)

Kelebihan Pink Lady Body Perfection:
 
Untuk Payudara :
Memberi penambahan kepada Saiz Cup payudara.
Menegangkan Payudara yang Kendur.
Payudara menjadi lebih Gebu.
Menambahkan Kandungan Susu Ibu bagi yang bersalin.


Untuk Miss V :
Merapatkan semula Miss V yang longgar.
Mengurangkan penyakit keputihan yang kronik.
Mengurangkan penyakit Senggugut semasa haid.
Melambatkan proses Menopause.
Menstabilkan hormon dan period akan menjadi lebih sekata.
Menghilangkan 'mood swing' atau “perubahan emosi” yang mendadak.

 
Untuk Kulit Dan Wajah :
Menjadikan kulit anda lebih lician dan halus.
Mengurangkan jeragat dan jerawat.
Menghilangkan kulit muka yang kusam.

 
Untuk Rambut :
Mengurangkan keguguran rambut.
Melebatkan rambut anda kembali.

 
Untuk Berat Badan :
Menurunkan Berat Badan – Untuk mereka yang nak kurus.
Mendapatkan Berat Badan Ideal - Bagi Yang Nak Berisi.

 
Lain Lain Manfaat! :
Memantapkan bahagian punggung.
Melancarkan peredaran darah.
Meningkatkan Libido (keinginan seks) wanita.
Mencegah daripada tulang rapuh (Osteoporosis).
Menstabilkan perasaan atau emosi - mengurangkan stress.



Pink Lady Body Perfection Lulus KKM
Pink Lady Body Perfection telah lulus KKM iaitu berdaftar dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kod rujukan PINKLADY BODY PERFECTION adalah: MAL18056050TC.


Kepada peminat tegar pinklady atau yang sedang mencari jamu moden, boleh  direct mesej atau Whatsapp no di bawah atau boleh tekan link yang tertera.

+6017-7443041

Wednesday, December 6, 2017

KEDAI MAKAN MENARIK DAN SEDAP DI SEKITAR SELANGOR & KUALA LUMPUR

SINGGANG WARISAN, SERI KEMBANGAN, SELANGOR


Kepada sesiapa yang mencari tempat makan ala-ala pantai Timur (Terengganu). Saya nak share satu kedai ini.
Singgang Warisan yang terletak di No. 23, Jalan Atmosphere 3, Pusat Perniagaan The Atmosphere, 43300 Seri Kembangan, Selangor,berdekatan dengan Giant Seri Kembangan dan Downtown Taman Equine merupakan salah satu kedai makanan Tradisi Orang-Orang Terengganu. Orang Terengganu cukup terkenal dengan pelbagai menu makananan yang menarik.
Antara menu sarapan pagi yang ada di kedai ini adalah seperti:
1. Pulut Nyor
2. Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol
3. Nasi Minyak Ayam Masak Merah
4. Nasi Minyak Gulai Ayam
5. Nasi Lemak
6. Nasi Kerabu Ayam Percik
7. Set Roti Bakar
8. Pulut Hitam
9. Laksam
10. Laksa Kuih Putih
11. Laksa Penang
Menu yang paling famous di kedai ini semestinya Singgang ikan tongkol. Datangnya nama Singgang Warisan itu adalah dari Menu Singgang ikan Tongkol.


Pada semua yang jenis suka tempat-tempat makanan yang lain dari lain, Mailah datang ke Singgang Warisan ini. Rasanya yang tak lari dari masakan Terengganu dan juga suasana Kedai yang Santai. Jangan lupa like Page dan follow page juga di IG Singgang Warisan ini.

https://www.facebook.com/1568000080121615/videos/1985892471665705/

Monday, November 6, 2017

KEMENSAH VALLEY, AMPANG SELANGOR - NEW ATTRACTION PLACE IN SELANGOR FOR ME IN WEEKEND



Hai awak-awak semua. Saya nak share lagi tempat tarikan di Selangor dan berdekatan dengan Kuala Lumpur. Pada awak-awak yang tak tahu nak kemana pada hujung minggu bersama family yang tersayang disini saya nak share tempat saya haniskan hujung minggu saya bersama keluarga. Kemensah Valley ini terletak dibelakang Zoo Negara. Tak jauh kan dari Bandaraya Kuala Lumpur. Kemensay Valley ni adalah tempat pilihan saya dan family. Di Kemensah ada pelbagai lagi tempat untuk santai-santai. 




Harganya pun amat berpatutan. Berbalik dengan Kemensah Valley yang menjadi tempat pilihan saya, harganya adalah seperti dibawah:


➢ CHALET(INCLUDING BED/PILLOW/FAN)       = RM60.00/PER DAY

➢ PANGKIN / COTTAGE                                            = 30.00/PER DAY

➢ DOME TENT                                                           = 35.00/PER DAY
➢ TENT 10’X10’                                                          = 45.00/PER DAY
➢ BBQ GRILL TONG                                              = 20.00/ PER TONG
➢ ARANG / CHARCOAL                                         = 15.00/ PER PACK
➢ EXTRA KERUSI / CHAIR***                                    = 5.00/PER UNIT
➢ EXTRA MEJA / TABLE***                                      = 10.00/PER UNIT
➢ GAS STOVE***                                                       = 50.00/PER SET
➢ EXTRA PILLOW***                                                  = 5.00/PER UNIT
➢ EXTRA MAT (TIKAR)***                                         = 15.00/PER UNIT
➢ EXTRA SPORTLIGHT***                                       = 10.00/PER UNIT
➢ AMPLIFIER USAGE***                                           = 50.00/PER DAY

*** Bila Di Request
*Setiap Pengunjung akan dikenakan caj masuk atau premis Kemensah Valley Area
 = RM5.00/PER PERSON.


Murah Kan? Pada saya harganya berpatutan, awak-awak datanglah beramai-ramai bolehlah share bayaran tu. Di bawah ni family saya. Gambar dibawah ini adalah gambar ahad minggu lepas.


Masa first saya datang pada hari sabtu 28/10/2017. Time ini, tanpa disangka, jiran pondok sebelah adalah Kak Shiela Mambo. Peramah orangnya.



Masa first kami hanya datang berlima sahaja.



Ada juga ruang yang luas bagi anda yang ingin buat Family Day. Saya suka tempat macam ni. Santai-santai sambil melihat tumbuhan hijau dan udara segar, Boleh privasi sedikit.

Kalau nak yang update ke, bolehlah tengok page Kemesah Valley di 
https://www.facebook.com/Kemensahvalley/


Friday, September 29, 2017

TAd MARINE RESORT, PULAU TINGGI, JOHOR



Pulau Tinggi terletak 30km dari pantai timur Mersing dimana ia merupakan sebuah pulau tropika yang mempunyai tarikan tersendiri dan boleh membawa anda berehat dari kesibukan Bandar.

Pulau ini dikelilingi dengan air yang biru dan bersih serta dilindungi oleh hutan hujan. Pulau  ini terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dimana penampakkan air yang cantik dan jelas membuatkan pulau ini ditarik dengan peminat-peminat sukan menyelam dan snorkeling untuk meneroka dunia bawah air.


Untuk aktiviti kali ini, saya dibawa oleh tempat saya internship iaitu Tourism Malaysia Johor ke Pulau Tinggi adalah untuk program Cuti-cuti 1Malaysia Celebrity Dive@ Johor. Program ini adalah bertujuan menaikkan lagi nama pulau-pulau yang berada di negeri johor. Kumpulan Wings merupakn antara artis pilihan untuk program ini kerana mereka semua mempunyai lessen scuba. Siapa yang tak kenal  Awie dengan vokal yang masih hangat diperkatakan oleh ramai peminat, Joe pula dengan petikan gitar menggunakan tangan kiri, begitu juga Eddie yang dianggap tenang ketika mengiringi persembahan Wings manakala Black pula tetap mantap dengan pukulan dram. Seronok bila mereka semua bergabung diluar pentas seperti aktiviti ini.

Program kali ini di Pulau Tinggi mendapat kerjasama ramai pihak termasuk Tourism Johor dan dijayakan oleh Anggerik Event Sdn. Bhd. dan ED Scuba. Turut terlibat ialah TAd Marine Resort, Firefly dan Truly Travelmart Tour & Transport dan Transtar.


Apa yang menarik di pulau Tinggi?
Pulau ini menawarkan pantai berpasir putih, air yang jernih untuk sesiapa sahaja yang dating untuk  berehat dan menikmati pemandangan laut yang sangat mempesonakan dan mengujakan.


Pulau ini juga menjadi sebahagian daripada Taman Laut, rumah-rumah Pulau Tinggi untuk kehidupan marin yang banyak serta terumbu karang yang unik-unik.
Pelawat boleh mencuba activity untuk menyelam skuba dan snorkeling untuk mendapatkan dekat dengan mereka. Kanak-kanak juga boleh menyertai snorkeling dan memberi makan ikan berhampiran pantai.

Program ini membawa saya dan krew ke tempat-tempat menarik untuk menyelam scuba. Antara nya adalah Pulau Harimau. Masih segar diingatan, manataknya  pulau ini yang membawa saya hampir hanyut dibawa ombak. Nasib baik abang-abang Marine ada. Program menyelam diadakan 2 kali sehari iaitu seingat saya pada hari sabtu pagi dan petang. Saya juga berpeluang mencuba menyelam. Banyak benda yang dapat saya pelajari di program ini.


Untuk pengetahuan semua, banyak tarikan di Tad Marine Resort ini. Tad Marine Resort menyediakan suasana yang damai dan tenang, Tad Marine Resort sangat sesuai untuk percutian honeymoon dan percutian keluarga. Kebanyakan pengunjung memilih untuk tinggal di sini kerana keramahan mereka yang hangat dan mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Resort ini mempunyai 88 bilik yang selesa termasuk bilik deluxe, bilik standard, suite mewah dan suite keluarga. Di setiap bilik, TV LED dan kemudahan membuat teh & kopi disediakan untuk memastikan penginapan yang menyenangkan. Restoran bersebelahan juga menawarkan suasana hangat untuk makan. Swimming pool juga ada bagi aktiviti santai.






Saturday, September 23, 2017

PUTERI HARBOUR JOHOR


ATTRACTION PLACE AT PUTERI HARBOUR JOHOR




Pada sesiapa yang ada di Johor, atau yang bercuti di Johor atau yang tak tahu nak kemana pada waktu malam, Meh sini saya share satu tempat yang cantik di Johor iaitu Puteri Harbour Johor.


Kalau anda ada anak-anak kecil, pada waktu siang, anda boleh membawa anak anda ke SANRIO HELLO KITTY TOWN & THOMAS TOWN. 


Nak tahu apa yang ada kat sini? Bagi penggemar Hello Kitty pasti teruja dengan rumah lengkap berkonsepkan Hello Kitty dengan bilik tidur, dapur dan ruang tamu di Hello Kitty Town. 



Luggage pun Hello Kitty tau.  

Bagi peminat kereta api Thomas pula, Thomas Town menanti dengan replika kereta api serta Windmill Ride, Colin Crane Drop Ride, Harold Helicopter ride, dan pastinya kereta api Thomas untuk dinaiki. Saya juga sudah mencubanya. Seronok sangat. 

Terdapat juga karakter kartun popular yang lain seperti Barney, Bob The Builder, dan Pingu.



 Ada juga aktiviti untuk kanak-kanak seperti Hello Post Activity.Dewasa pun boleh joint. Post ikut kretiviti anda. Pusat membeli belah, restoran serta kafe turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. 

Bukan sekadar untuk anak kecil, orang dewasa pun tentu ramai yang minat dengan karakter kartun ini, bukan?
Pada waktu petang dan malam pula, ada tarikan terbaru iaitu RIDING IN GLOW AT PUTERI HARBOUR. Kalau dulu, pada waktu malam, di Puteri Harbour sunyi sahaja dengan berteman angin laut, hah sekarang jangan tak tahu, ada aktiviti baru tau. Riding in Glow lah aktiviti baru tu. Seronok tau. Sambil-sambil riding ditiup angin laut dan lampu-lampu yang sangat mengujakan.


Selain itu, saja nak share, pada yang minat buat birthday party, Meh saya bagi idea. Sewa Ferry di Puteri Harbour dan anda createlah event untuk anda. Pasti mengujakan. Sharing is Caring.


Kelebihan Pink Lady Body Perfection

  Pink Lady Body Perfection (Pink Lady Supplement) Pink Lady  bukanlah sejenis ubat tetapi adalah supplement atau makanan tam...